Wednesday, 24 September 2014

BAB 8 : Pemikiran dan Kepercayaan (Tajuk Artikel : Memahami Islam Dalam Perlembagaan Malaysia)


Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Negara bukanlah satu kebetulan yang dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak Sosial lebih lima puluh tahun yang lampau. Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan merundingkan proses kemerdekaan. Ia adalah rumusan yang telah mengambilkira latar belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota masyarakat yang lain untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya.

Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas Perlembagaan Negara sepertimana yang dicatat oleh Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982). Menurut beliau, “The fourth basic feature of theConstitution providing for Islam to be the religion of the federation (Article 3(1)) (not for a theocratic state) and at the same time guaranteeing freedom of religion was accepted without controversy and debate.

The rulers of the Malay States and the Malay population were Muslims even before the arrival of the Portuguese in the sixteenth century and the Muslim population have always been tolerant towards the followers of any or no religion.” (An Introduction to the Legal System in Malaysia, 1989, hal. 13). Lain-lain ciri-ciri asas Perlembagaan Malaysia, menurut beliau lagi, ialah (1) Malaysia sebagai sebuah Persekutuan (Perkara 1); (2)Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan (supremacy of the Constitution) (Perkara 4(1)); (3) Pengasingan Kuasa antara Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman (separation of powers); (4) Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) (Perkara 39); (5) Demokrasi Berparlimen (Perkara 44); dan (6) Badan Kehakiman yang terpisah dan bebas dari penguasaan Parlimen dan Eksekutif (Perkara 128). 

Kesemua ciri-ciri asas ini sememangnya wajar dipertahankan! Menurut almarhum Profesor Ahmad Ibrahim (m. 1998) di dalam kertaskerjanya, “Islam and The Constitution” yang dibentangkan di Universiti Malaya pada 23 Ogos 1987, ketika Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk pada 1956, terma rujukannya (terms of reference) secara khusus memperuntukkan, antara lain, bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu mempunyai peruntukan-peruntukan seperti (a) melindungi kedudukan (position) dan mertabat (prestige) Raja-Raja Melayu di negeri-negeri masing, (b) Yang Di-Pertuan Agung perlu dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu, dan (c) melindungi kedudukan istimewa kaum Melayu. Profesor Ahmad Ibrahim kemudiannya merumuskan kertaskerja beliau: “There seems a need therefore to give a proper place to the Islamic law and the Shariah Courts and thus to implement the provision that Islam is the religion of the Federation. As Islam is the religion of the Federation the Shariah as based on the Holy Quran and the Sunnah must be enforced in the Federation and it should be provided that any law which is inconsistent with the HolyQuran and the Sunnah shall be void to the extent of such inconsistency.

The Privy Councilhas ruled that in the case of Singapore a law to be valid must conform to the fundamental rules laid down by the English Common Law. This view seems to be acceptable to some in Malaysia too but as Islam is the religion of the Federation surely the fundamental principles of the laws should be based in Malaysia not on the English Common Law but on the Shariah. ”Tidak sampai setahun kemudiannya, pada 10 Jun 1988, Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan memperuntukkan fasal 1A kepada Artikel 121 Perlembagaan yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai sebarang bidang kuasa (jurisdiction) terhadap perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa Mahkamah Shariah. Pelaksanaan pindaan ini, pada awalnya, menemui beberapa kesukaran sehinggalah Mahkamah Agong membuat keputusan di dalam kes Mohd Habibullah Mahmood v Faridah Dato’ Talib pada tahun 1993. Dengan kes ini, kedudukan Mahkamah Shariah semakin diperkukuhkan. Perdebatan kemudiannya merujuk kepada apa yang dimaksudkan dengan “bidang kuasa Mahkamah Shariah”.

Kini setelah hampir dua puluh tahun pindaan ini dilakukan, bukan sahaja pindaan ini yang dicabar, malah beberapa peruntukan lain secara tidak langsung turut menjadi pertikaian termasuklah apa yang disifatkan sebagai ciri-ciri asas kepada Perlembagaan Persekutuan. Beberapa akta dan mekanisme baru pula cuba diketengahkan untuk mencabar secara tidak langsung institusi-institusi yang telah diwujudkan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini, umpamanya institusi mufti dan pihak pentadbiran agama negeri-negeri. Keputusan Mahkamah Shariah dipertikaikan. Perjalanan pentadbiran agama negeri negeri diperlekehkan. Malah tanggungjawab keagamaan untuk mengawal moral dan akhlak umat Islam sendiri ditanggapi sebagai mengganggu “privacy” golongan-golongan tertentu dan berselindung di sebalik hak asasi manusia. Yang sedihnya, gelombang reformasi yang diharapkan dapat mengembalikan kemuliaan insan (karamah insaniyyah) semakin karam dalam agenda perebutan undi dan kuasa. Tegasnya, apa yang telah diperkukuhkan selama 50 tahun negara merdeka, kini sedang cuba dirungkai. Kita semakin kembali ke zaman ketika kita dijajah.

Fenomena murtad dan implikasinya menjadi isu hangat yang mencabar keputusan dan kedudukan Mahkamah Shariah. Hal ini menjadi lebih sulit sekiranya disulami dengan campurtangan politik dan ketidakcekapan (incompetence) birokrasi. Ada pula yang mengambil untung dari kemelut kekeluargaan yang timbul berikutan fenomena murtad dan perceraian ini. Apakah kepentingan mereka ini adalah untuk mendamaikan perpecahankeluarga atau mengambil kesempatan politik (political mileage)? Apa yang berlaku kini cuba ditunjuk-tunjukkan sebagai permulaan satu perpecahan besar yang sudah tidak terelak, hanya retak menanti belah. Bagaikan kaum-kaum tertentu dihimpit, didiskriminasi habis-habisan tanpa belas kasihan dan dianiayai manakala kaum-kaum lain begitu zalim menguasai dan mendominasi. Sedangkan nilai-nilai yang menyatukan pelbagai kaum jauh lebih banyak dari yang membezakan mereka. Sesetengahnya pula begitu alergik dengan istilah-istilah kemelayuan dan Islami. Manakala sesetengah yang lain pula melihat sesuatu hanya menerusi kaca mata politik. Segala-gala dihitung melalui untung rugi politik dan perspektif perkauman sempit.

Sudah tidak ada lagi yang sanggup berlapang dada.Hari ini apa yang disifatkan berlapang dada ialah mengorbankan prinsip asasi yang mendefinisi seseorang. Sedangkan sebenarnya kita perlu bersatu dalam soal-soal yang dibolehkan dan berlapang dada dalam soal-soal prinsip yang memerlukan kita berbeza. Yang penting bukannya berbeza atau tidak berbeza; tetapi memahami di mana titik-titik perbezaan tersebut dan memastikan kita tidak akan berpecah hatta ketika kita berbeza.Sememangnya kita bersetuju dengan pandangan ramai pihak untuk kita mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah seruan YM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak pada 3 April 2007 ketika menyampaikan ucaputama di Young Malaysians’ Roundtable Discussion on National Unity and Development in Malaysia: Prospects and Challenges for Nation Building. Di dalam ucaptamanya, beliau juga menganjurkan agar semua mengamalkan sikap kompromi (compromise) dan akomodasi (accommodation) ketika begitu ramai enggan berkorban dan hanya ingin menang serta mendominasi.

Malah, ramai yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa Mahkamah Shariah adalah setaraf dengan Mahkamah Sivil, sebagaimana yang telah diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan sejak hampir 20 tahun lalu. Ketika golongan-golongan ini bersetuju dengan pendirian untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, pada masa yang sama, mereka menafikan kedudukan dan peranan Islam di dalam Perlembagaan. Sesungguhnya kedudukan Islam tersebut bukannya sekadar hiasan. Ia perlu diagendakan. Usaha untuk menterjemahkan Islam dalam dasar pentadbiran dan sebagainya tidak boleh diharapkan ke atas mereka yang sinis dengan potensi dan peranan Islam meskipun mereka beragama Islam. Di atas pertimbangan tersebut, demi memastikan tiada sebarang pencapaian generasi lampau dalam mengukuhkan peranan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, beberapa usaha perlu difikirkan. Pertama, sebuah gerakan pencerdasan undang-undang kepada masyarakat Islam perlu diusahakan.

Ia perlu menjelaskan tentang hak dan keperluan mempertahankan serta melaksanakan peruntukan Perlembagaan khususnya yang bersangkutan dengan Islam. Gerakan pengilmuan ini lebih menjamin keberkesanannya pada tempoh jangka panjang. Kedua, sebab-sebab yang mendorong fenomena murtad berlaku perlu didalami dengan mengkaji apakah mereka terdorong murtad kerana ketidakyakinan mereka kepada Islam atau sebab-sebab lain yang belum kita ketahui. Seandainya ia disebabkan oleh ketidakyakinan mereka, maka cara bagaimana mereka mempelajari Islam dan bagaimana masyarakat Islam mendekati mereka perlu diperkemaskan. Akhirnya yang menjadi keutamaan kita ialah proses pengilmuan dan pendakwahan. Hanya inilah benteng ketahanan yang paling ampuh yang boleh dibina di dalam setiap diri penganut Islam, tanpa sebarang pindaan kepada mana-mana peruntukan Perlembagaan.

ULASAN : Mengikut Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan, bahawa Islam merupakan agama Persekutuan yang bermaksud Islam adalah agama rasmi. Sebagai generasi masa kini, kita wajib mempertahankan kedaulatan Islam yang telah diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan agar tidak dijadikan bahan provokasi atau disalah guna pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi masyarakat Malaysia lantas mencetuskan perbalahan sesama Islam mahupun dengan agama lain. Justeru, kita harus mengambil inisiatif untuk terus menyebarkan syiar Islam yang sebenar agar Islam dapat terus berdiri teguh dalam negara ini.


SUMBER :
Link = http://www.mindamadani.my/isu-semasa/item/214-memahami-islam-dalam-perlembagaan-malaysia.html

Rujukan = Minda Madani
Penulis = Khairil Anuar Ramli


TAJUK :
Artikel = Agama Islam
Tajuk Artikel = 
Memahami Islam Dalam Perlembagaan Malaysia

BAB 8 : Pemikiran dan Kepercayaan (Tajuk Artikel : Menjaga Hubungan Persaudaraan)

Dalam al-Quran al-Karim Allah swt telah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka perbaikilah (perhubungan) antara dua saudara kamu yang bertelagah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu semua mendapat rahmat”. (Surah al-Hujurat: 10). Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap muslim itu merupakan saudara kepada muslim yang lain. Maka kita dituntut untuk mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan perpecahan umat.

Sesungguhnya persaudaraan dalam Islam dibina atas dasar Iman kepada Allah swt. Sebagai hamba-hamba yang beriman kita perlu sedar bahawa kita semua adalah bersaudara. Sabda Rasulullah saw: “Seseorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Maka janganlah menzaliminya dan juga janganlah membiarkan dia dizalimi. Sesiapa yang menunaikan kehendak saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menunaikan kehendaknya. Sesiapa yang membantu meringankan penderitaan saudaranya maka Allah swt meringankan penderitaan-penderitaannya. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya di akhirat kelak”. (Hadith riwayat al-Bukhari).

Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang ganjaran bagi mereka yang memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim. Dengan menjaga hubungan persaudaraan ini Allah swt memelihara segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat. Contohnya apabila kita membantu saudara kita dengan rasa ikhlas kerana Allah swt maka Allah akan menunaikan segala hajat yang kita pinta kepada-Nya. Begitulah juga kita disuruh agar membantu saudara kita dengan meringankan kesedihan mahupun penderitaannya kerana Allah akan meringankan segala penderitaan kita ketika bertemu-Nya di akhirat kelak. Daripada hadith ini juga kita diminta untuk menutup keaiban dan apa sahaja kecelaan yang terdapat pada manusia lain kerana apabila kita menutup keaiban mereka maka Allah akan menutup segala keaiban kita.

Persaudaraan dalam Islam perlu melalui tiga proses yang utama. Pertamanya ialah al-Ta’aruf iaitu proses perkenalan. Pada peringkat ini akan berlaku hubungan suai kenai seperti mengetahui nama, asal, tempat tinggal, perkerjaan dan sebagainya lagi yang perkaitan hanya dengan maklumat-maklumat peribadi. Setelah beberapa lama proses al-Ta’aruf itu berlaku maka ian akan sampai kepada proses kedua iaitu al-Tafahum iaitu proses untuk saling memahami antara sesama muslim. Pada waktu inilah kita akan mengenali rakan kita dengan lebih mendalam. Kita akan lebih faham tentang peribadi-peribadinya dengan lebih dekat. Hal ini termasuklah perkara-perkara yang disukai mahupun dibencinya. Setelah melalui proses al-Tafahum ini maka akan terbentuk pula proses yang ketiga iaitu al-Takaful atau al-Takamul iaitu proses lengkap melengkapi antara sesama muslim. Apabila sampai ke peringkat ini maka seseorang muslim itu akan cuba membantu dan melengkapi kehidupan sahabatnya yang lain. Malah kemungkinan akan sampai kepada peringkat al-Ithar iaitu mendahulukan saudara mahupun sahabatnya berbanding dirinya sendiri.

Apabila menyebut tentang persaudaraan sesama muslim maka ianya melibatkan hubungan kita bersama ahli keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Persaudaraan paling utama yang perlu dititik beratkan ialah hubungan silatul rahim sesama ahli keluarga iaitu mereka yang ada hubungan kerabat. Contoh yang paling utama ialah seseorang anak itu perlu menghormati kedua ibubapanya dengan mengikut segala perintah mereka berdua selagimana ianya tidak bertentangan dengan syara’. Begitulah juga dengan menjaga hubungan silatulrahim sesama ahli keluarga yang lain. Amat menyedihkan apabila ada dikalangan masyarakat kita yang tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga malah ada yang sanggup memutuskan tali silatul rahim yang telah terjalin sejak sekian lama.

Sesungguhnya hubungan silatulrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah swt. Dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah ra, Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya hubungan silatul rahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata : “Sesiapa yang menyambungkan aku maka Allah akan turut menyambungkan ia”. (Hadith Muttafaq ‘Alaih). Pemahaman daripada hadith ini ialah sesiapa yang menjaga kukuh ikatan silatul rahim ini maka Allah swt akan menjaganya dan merahmati segala perjalanan hidupnya di dunia ini sehinggalah bertemu-Nya.


Dalam hadith yang lain Rasulullah saw turut bersabda: “ Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatul rahim”. (Hadith riwayat al-Bukhari). Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya dan juga pada masa yang sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.

Di samping itu kita juga diwajibkan menjaga hubungan persaudaraan dengan manusia yang paling hampir dengan kita iaitu jiran. Malah dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah saw telah meletakkan kecintaan kepada jiran sebagai salah satu daripada ciri-ciri mereka yang beriman kepada Allah swt. Dalam hadith yang lain dengan riwayat yang sama Rasulullah saw telah menyatakan bahawa memuliakan jiran tetangga terdiri daripada sifat-sifat orang yang beriman.

Namun sesuatu yang amat menyedihkan apabila kemesraan sesama jiran tetangga ini dipandang remeh oleh masyarakat kita pada hari ini terutama di kawasan bandar. Malah ada di kalangan kita yang mungkin tidak selesa dengan kemesraan jiran walaupun hanya untuk bertegur sapa. Ingatlah bahawa jiran adalah insan yang paling hampir dengan kita. Tiada manusia lain yang lebih pantas untuk membantu kita di kala susah melainkan jiran yang berada di sebelah rumah kita. Maka muliakanlah jiran dan jangan sekali-kali menyakita hatinya kerana menyakiti hati jiran termasuk daripada dosa-dosa besar di sisi Allah swt.


ULASAN : Sebagai warganegara Malaysia yang beragama Islam, kita wajib menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia tidak kira berlainan pegangan atau bangsa. Islam mengajar penganutnya agar sentiasa merendah diri dan bertoleransi dalam kehidupan seharian. Islam juga mendidik penganutnya agar sentiasa bertanggungjawab dan berfikiran jauh dalam membuat sesuatu keputusan. Justeru, sebagai pewaris negara, kita harus menjaga hubungan persaudaraan dalam kalangan masyarakat agar suasana yang harmonis dapat diwujudkan dan lantas mengelak dari berlakunya rusuhan atau sebarang kejadian yang mengugat keamanan negara.

SUMBER :
Link = http://imamudasyraf.com/v2/?p=940

Rujukan = Tinta Imam Muda Asyraf
Penulis = Imam Muda Asyraf


TAJUK :
Artikel = Agama Islam
Tajuk Artikel = Menjaga Hubungan Persaudaraan

Saturday, 6 September 2014

BAB 8 : Pemikiran dan Kepercayaan (Tajuk Artikel : The Partnership between Body and Soul)


Description: The worship in Islam involves both body and soul and develops a person to become a better human being.

The dualism between the body and soul is very clearly evident in the physical world. The body is subservient and the soul is in charge; however both are indispensable. It is just that the soul is the master while the body is the obedient servant.

People have a habit of letting themselves become fully absorbed in fulfilling their physical needs to the utter disregard of their spiritual ones, which are rarely so much as contemplated.


We need only look at the vast number of institutions that exist to deal with the material aspects of our lives compared to the paucity of those that focus on the needs of the soul – the mosque being one of those.

The body has its rights and its demands upon us. However what worth does the body have without the soul? It is a mere corpse, no matter how powerfully or beautifully it is constructed. If the soul departs from it, it becomes a wasted husk. Its beauty can only be realized in partnership with the soul.If we look to apply this concept within an Islamic context, we immediately notice that our four primary acts of worship – prayer, fasting, Zakâh, and Hajj – and indeed all forms of worship, require the participation of both the body and soul.

However, the regrettable thing that beset the People of the Scripture – the followers of Moses and Jesus (peace be upon them both) – as well as many of the followers of Muhammad, may the mercy and blessings of God be upon him – is that of being overly concerned with outward appearances at the expense of substance. There is more concern about bodily actions than there is with the soul. Concern for the outward aspects of worship is something good (though at times it can get out of hand), but such concern should not result in the inner meaning of our worship being forgotten.

The physical aspects of our prayers are our standing, bowing, sitting, and prostrating. These are bodily motions. These are the aspects of prayer that most Muslims learn and commit to memory, and may God be praised. These are the matters that they generally ask about, sometimes in great detail.

The spiritual aspects of prayer are our devotion, humility, and submission to God in full sincerity and devotion. It entails our recognition of God’s greatness and divinity that inspires us with a sense of reverence and awe.

Is there any relationship between our concern for the physical aspects of prayer and our concern for the spiritual? Indeed, there is. When we carry out the outward aspects of prayer, we are, without doubt, obeying our Lord and fulfilling His command by upholding one of the pillars of our faith.

At the same time, should not we know why our Lord, in His infinite wisdom, commands us to offer prayers at fixed times in a prescribed manner? Should we not wonder about the effects that these prayers should have on our persons and our lives?

The same can be said for fasting. Why do we fast? Surely God does not need our fasts.

God says:

"O humanity! You are in need of God and He is free of all wants, worthy of praise." (Quran 35:15)

The Prophet said: "Whoever does not leave off false speech and evil deeds, then God has no need of his leaving off his food and drink."[1]

We know that God has no need for us to leave off eating and drinking in any case, even when we abstain from false words and false deeds.

The Prophet said, conveying to us the words of his Lord: "O my servants! If the first of you and the last of you, the human of you and the jinn of you came together as the heart of the most pious man among you, it would not increase my dominion in the least. O my servants! If the first of you and the last of you, the human of you and the jinn of you came together as the heart of the most sinful man among you, it would not diminish my dominion in the least."[2]

Surely fasting was not prescribed to punish us and make us suffer from hunger and thirst.

Indeed not, for God says:

"What can God gain by your punishment if you are thankful and you believe, and God is grateful and all-knowing." (Quran 4:147)

The Prophet, during the pilgrimage, saw an old man being supported on both sides by his two sons. The Prophet asked: "What is the matter with him?"

They said: "He had taken an oath to walk."

The Prophet said: "God is in no need of this man’s punishing of himself." Then he ordered the man to ride.[3]

Was fasting, then, prescribed for us to attain blessings and rewards?

Without doubt, God bestows immense rewards upon his servants for their fasts. The Prophet said: "Whoever fasts in faith seeking reward, all of his previous sins will be forgiven."[4]

However, the rewards and blessings that we receive for our fasts, our prayers, and our charity are God’s reward to us to encourage us to do these good deeds.

The question remains: Why do we fast? Why do we get such a great reward for doing so? Why do we pray and embark upon the pilgrimage?

As I see it, we do so for two purposes:

The first is to develop our faith and build our moral character on a basis of piety and certainty. God says about fasting:

"O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that perhaps you may guard against evil." (Quran 2:183)

About prayer, God says:

"Indeed prayer restrains from shameful and unjust deeds." (Quran 29:45)

About the Hajj, He says:

"And let there be no obscenity, wickedness, or wrangling in the Hajj." (Quran 2:197)

God says about paying Zakâh:

"Take alms of their wealth, wherewith you may cleanse them and purify them." (Quran 9:103)

This meaning can be seen in all acts of worship. They all seek to build a person’s character and perfect his moral conduct, his beliefs, and his faith. Our worship aims to cleanse and renew our hearts, making them free from base qualities like deception, avarice, rancor, and unbridled lust.

The second purpose of our worship is to reform the relationship between the person and others. By developing a person’s character and cultivating within him certain values, a person’s worship results in his safeguarding the rights of others on every possible level of interaction.

This includes the relationship between husband and wife, parent and child, and likewise between neighbors and between the governed and the one who governs them. Even the rights of animals and the environment are safeguarded in this way. Islam brings with it values governing a Muslim’s conduct towards everything that surrounds him.

All the acts of worship that were prescribed to humanity in the previous manifestations of the religion and in Islam are part of a single program designed to fulfill these two purposes: to build the individual and to develop his relationship with others.

What meaning does fasting have for a person who merely eschews food and drink and other pleasures that are lawful under normal circumstances, only to engage in forbidden acts like speaking falsehood and mistreating others? How much worse is it to engage in unlawful things in the month of Ramadan, and possibly even during the day while fasting? How is it for such a person who lives a dual life, his worship completely divorced from his everyday life, having no effect on his dealings with others?

We have a right to ask ourselves in earnest: When will our worship change from being merely an outward act into a reality that is rich in meaning and that carries with it a deep and noble purpose? When will our worship start to affect our personalities, building us into people of integrity who fulfill their duties, recognize their own shortcomings, and work to improve themselves before rushing to judge others?

Only then will our worship take on its full meaning.


Footnotes:
[1] Saheeh Al-Bukhari
[2] Saheeh Muslim
[3] Saheeh Al-Bukhari, Saheeh Muslim
[4] Saheeh Al-Bukhari, Saheeh Muslim



ULASAN : Setiap manusia perlu beragama kerana tanpa agama kehidupan seseorang umpama tidak berkemudi dan tiada haluan. Agama Islam bertujuan melahirkan manusia yang berpegang pada kekuasaan Allah semata-mata. Ia mendidik pengganutnya agar menjadi hamba Allah yang taat dan akur akan perintah-Nya. Justeru, generasi masa ini yang bakal menjadi pemimpin negara, perlu menyediakan diri dengan ilmu agama yang kukuh. Generasi yang tidak mempunyai didikan agama yang kukuh boleh menyumbang kepada kejatuhan negara bangsa.

SUMBER :
Link = http://www.islamreligion.com/articles/10667/#_ftn24777
Rujukan = The Religion of Islam
Penulis = Salman al-Oadah


TAJUK :
Artikel = Agama Islam
Tajuk Artikel = 
The Partnership between Body and Soul

BAB 7 : Isu-isu Keprihatinan Negara (Tajuk Artikel : Membangun Modal Insan Cemerlang dalam Organisasi jayakan RMKe-10)

Sepuluh idea utama telah dirangka dalam Strategi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), untuk memacu pembangunan negara mencapai Wawasan 2020. Salah satu daripada idea tersebut yang diberi tumpuan ialah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang. Modal insan cemerlang dalam konteks pengurusan organisasi Islam merujuk kepada pembangunan diri pekerja dalam menyemai nilai dan ciri-ciri yang baik dari segi akhlak, etika, perwatakan, pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia penting sebagai tenaga penggerak organisasi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. 

Sehubungan itu, pelaburan dalam modal insan perlu diberi keutamaan organisasi dalam membentuk pekerja yang mempunyai nilai yang boleh diteladani. Melalui kerangka modal insan, ia harus dijana dengan baik sejak peringkat awal lagi kerana di tangan mereka inilah setiap langkah dan hala tuju digagaskan dan perancangan dilaksanakan. Berasaskan kepentingan modal insan ini, maka Islam memberikan penekanannya lebih utama berbanding pembangunan dari aspek fizikal.


Alasan ini begitu jelas, bahawa insan yang terbina akal, minda dan jiwanya akan membina pembangunan fizikal yang menepati kehendak syariat-Nya. Apabila pembinaan sahsiah insan tersebut dibangunkan mengikut syariat-Nya, maka segala tindak-tanduknya tidak sesekali melanggar akan perintah Allah SWT.

Di situ akan lahirlah insan yang bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang penting dalam organisasi. Individu yang bertanggungjawab dan amanah seringkali dikaitkan dengan definisi al-Quran sebagai mereka yang mempunyai akal fikiran yang sempurna (ulul al-Bab); iaitu seseorang yang mengerti nilai kehidupan dan memeliharanya dengan sempurna baik dalam diri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Begitu juga dengan pandangan Ibnu Khaldun yang turut menegaskan bahawa pembinaan sesebuah tamadun amat bergantung kepada manusia sebagai aset terpenting kerana mereka mempunyai kemampuan berfikir, menentu, memilih dan mempelajari sesuatu untuk tujuan hidup yang bertamadun.

Justeru, menyedari diri pekerja sebagai aset dan tenaga penggerak utama organisasi maka mereka perlu menggalas amanah serta tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan penuh iltizam, minat dan kesungguhan, mengutamakan kepentingan majikan serta organisasi berbanding dengan kepentingan diri, sentiasa berusaha memastikan majikan dan organisasi tempat bekerja mencapai matlamat yang disasarkan dengan jayanya.

Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja, cuai dan juga sikap sambil lewa dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Sikap sebegini akan menyebabkan sesebuah organisasi gagal dan mundur. Oleh itu, beberapa langkah dalam memberi nilai tambah dari segi peningkatan ilmu pengetahuan, memotivasikan pekerja, melihat contoh dan teladan yang baik di samping semangat dan roh pekerjaan sebagai satu ibadat perlu dijadikan misi dalam menjayakan modal insan terbaik dalam RMKe-10 kali ini. 

Memandangkan kepentingan ilmu pengetahuan sebagai asas nilai tambah dalam pembangunan insan dalam diri pekerja, maka di sini peranan majikan amat penting untuk memupuk, memberi semangat dan dorongan kepada pekerja untuk terus menimba ilmu bagi melahirkan individu yang berjaya. Di samping dapat bertindak sebagai pekerja yang beradab dan berdisiplin dalam organisasi masing-masing. 

Dalam Laporan Model Baru Ekonomi (MBE), menyatakan pada tahun 2007 hanya 80 peratus daripada tenaga kerja Malaysia mendapat pendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menyedari hal ini, majikan perlu menggalakkan tenaga kerja untuk terus meningkatkan kelayakan dan keupayaan ke tahap yang lebih tinggi melalui pelbagai program dan latihan kemahiran. Sebagai contoh, Bank Negara Malaysia begitu komited dalam menggalakkan pembangunan para pekerjanya. Melalui institusi sokongan seperti IBFIM dan INCEIF tumpuan latihan, pendidikan dan penyelidikan diberi kepada pekerjanya untuk terus meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran.

Dengan ilmu dan kemahiran yang dimiliki kelak, pekerja akan dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan bersedia menyahut cabaran besar tanpa rasa gentar. Selain itu, melalui seminar, ceramah, kursus, bengkel dan juga pelbagai bentuk latihan yang diusahakan oleh majikan kepada golongan pekerja secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan di samping berupaya mengesan kelemahan, mengenal pasti masalah serta mencari penyelesaiannya dengan penuh bijaksana.

Tanpa pengayaan ilmu, proses untuk pembangunan insan dan kemajuan negara amat sukar untuk dicapai malahan akan memberi kesan terhadap perancangan pembangunan negara yang telah disusun. Sesuai dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Mujadalah ayat ke-11 yang bermaksud;"... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan".

Menyedari hal itu dalam meningkatkan modal insan di kalangan pekerja maka inisiatif yang ditawarkan oleh mana-mana organisasi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan perlulah direbut oleh pekerja. Namun, perlu dingat apabila pekerja tersebut dapat menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) misalnya, pembahagian masa antara tugas di pejabat dan masa mengulangkaji perlu diselaraskan dengan baik agar tugasan yang diberikan tidak menjejaskan prestasi organisasi.

Dengan langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh organisasi moga-moga dapat mengilap kepakaran yang ada, dapat meningkatkan pembinaan jati diri modal insan di kalangan pekerja dan dapat mencegah aliran keluar golongan bijaksana (International Brain Drain). Justeru, adalah menjadi harapan organisasi agar pengurusan pembangunan modal insan dapat digilap kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan organisasi khususnya, terus berdaya saing dan dapat mentransformasikan negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.


ULASAN : Negara yang tidak mempunyai modal insan yang cemerlang akan mendatangkan pelbagai masalah kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi atau sosial. Pembentukan sahsiah diri yang unggul adalah penting bagi pembangunan agama, bangsa dan negara. Kepada generasi yang bakal menjadi pemimpin negara, mereka harus tahu bahawa di zaman globalisasi ini, sesebuah negara itu tidak boleh hidup bersendirian tanpa adanya kerjasama politik, ekonomi dan sosial.

SUMBER :
Link = http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8164-membangun-modal-insan-cemerlang-dalam-organisasi-jayakan-rmke-10
Rujukan = 
Official Portal Institute of Islamic Understanding Malaysia
Penulis = Nor Hartini binti Saari


TAJUK :
Artikel = Pembangunan Insan
Tajuk Artikel = Membangun Modal Insan Cemerlang dalam Organisasi jayakan RMKe-10

Tuesday, 2 September 2014

BAB 6 : Pembangunan Negara (Tajuk Artikel : Konsep 1Malaysia)


1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.


ULASAN : Pembentukan dasar-dasar pembangunan sosial telah menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik dan aman makmur. Gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak bersandarkan kepada satu prinsip iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Justeru, generasi muda perlu mengetahui segala dasar kerajaan bagi membentuk generasi yang berminda kelas pertama dan bersama membantu kerajaan mencapai agenda pembangunan negara. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh negara perlu dihormati dan dihayati sepenuhnya untuk memelihara kemakmuran dan keamanan negara.

SUMBER :
Link = http://www.dvs.gov.my/konsep-1malaysia
Rujukan = Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar


TAJUK :
Artikel = 1Malaysia
Tajuk Artikel = Konsep 1Malaysia

BAB 5 : Kemasyarakatan dan Perpaduan (Tajuk Artikel : Racial Unity and its impact on Malaysian Democracy)

The survival of democracy in any pluralistic nation lies in the stability and ability of the government of the day to manage diversity. In Malaysia, diversity has been shaping the very essence of the country's social structure and historical aspects. Most could agree that the richness in the country's ethnic and cultural identities is actually a great asset that must be properly handled with wisdom. Realizing this fact, the call for racial unity must not sound rhetorical but practically pivotal.
Democracy is not just about the right to vote in general elections, nor is it limited to observing one's right and freedom. It is very much about ensuring the creation and continuation of a government system that is legitimate, effective and representative of all the various segments that exist in the society. However, in a plural society, to embrace all democratic ideals is almost impossible.


John Stuart Mill, a political philosopher, in his book ‘Considerations on Representative Governments ', paints a rather bleak assessment on this notion of plural society and democracy. He states that "Free institutions are next to impossible in a country made up of different nationalities. Among a people without fellow-feeling, especially if they read and speak different languages, the united public opinion, necessary to the making of representative government cannot exist". Is this so in the context of Malaysia?

This has been the challenge faced by the government ever since the country gained independence. Malaysia's plural society is a mélange of various races, religions, cultures and ethnic backgrounds. Comprising of the Malays, Chinese, Indians, the richer ethnic diversities of Sabah and Sarawak such as Kadazan, Iban, Bidayuh, Dayak, Melanau and Bajau, this form of pluralistic social structure is far more difficult to manage. The promotion of the muhibbah spirit, as well as other policies that embrace the ethnic and cultural diversities, most importantly the creation of the Rukun Negara in 1970, are clear examples of the early initiatives.

From there onwards, government has continuously tried to address the issues and problems arising from the complex nature of the nation's multi-ethnic background. Some have condemned the efforts on the basis that not enough has been done, but many have applauded every endeavour that has taken place. One must appreciate the reality that it is indeed an uphill task for any polity to juggle between dealing with the intricacies related to racial diversity and at the same time try to remain popular and relevant to all segments of the society.




The problem with racial unity today lies in the lack of sincerity among parties vying for power. The race card has always been at play when trying to get support in any political battle. The danger to this game is too obvious for all to see when short-thinking and emotions are not guided by wisdom, patience and spirit of acceptance. The effect will be disastrous to the survival of the nation and also to the credibility of any government. In short, much is at stake when there is no unity among the various ethnic communities in the society, since it threatens the beautiful promises of democracy.

To materialize the idea of racial unity, the jigsaw puzzle that appears in our minds is how to turn numerous racial groups into one common entity or identity. In the context of ethnic and cultural diversities, the pertinent question to ask is how do we manage these social characteristics and promote harmonious relationships among people with different backgrounds? The answer to this is many but for some, the most successful approach is by developing alliances and adopting a just power sharing among the various ethnic communities.



As evident elsewhere, unresolved conflicts in major plural societies occur when there is not enough conviction to open the door for different ethnic groups to be part of the process of managing the country as a nation. In Malaysia's parliamentary democracy system, where the Federal Constitution serves as the guiding document to face head-on the prevailing social setting, the spirit of acceptance, accommodation and co-existence are the crucial operating principles.

Therefore, the right formula is that racial unity should be based upon the spirit of togetherness and mutual understanding. As a country that upholds this noble spirit, rooms for engagement with all different ethnic groups in the society must always be kept open. This is especially true given that democracy is all about giving the people their voice to be heard, not just through the ballot boxes, but also through continuous dialogue and discussions.

This positive engagement approach that we are promoting here will give a clear picture to any government what is really happening with the common people on the ground. Acknowledging the potency of the said approach, a good government will leverage upon these cultural and ethnic diversities as pillars of strength to build a better nation. When viewed from the opposite angle, any attempt to use ethnic and cultural differences as the trump card for sectarian political gains would be construed as a desperate attempt by the party that uses, or rather abuses, it.



To the public at large, let us celebrate the diversities that exist in our society as something that enrich the nation. We need to learn to know one another better, set aside prejudices and stand upon the spirit of muhibbah that was inherited to us by our forefathers. It was done not out of suspicions but out of trust and sheer belief that the future generation will be able to continue to uphold this important legacy and enjoy living in harmony. If others can appreciate what the country has achieved so far in managing our racial and cultural diversities, why can't we?

Lastly, take heed in this Quranic verse: "O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know each other (not that you may despise each other). Verily the most honoured of you in the sight of God is (he who is) the most righteous of you. And God has full knowledge and is well acquainted with all things." (Al-Hujurat, 49:13)

Hopefully, by doing so, we as a united nation, can prove John Stuart Mill wrong. Now, that would certainly be our sweet gift to world democracy, wouldn't it?


ULASAN : Kedatangan kaum Cina, India dan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu telah membentuk masyarakat Malaysia pada hari ini iaitu wujudnya kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Setiap kaum mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik . Justeru, mana-mana nilai yang positif daripada budaya lain seperti budaya bekerja dan budaya perniagaan orang Cina boleh dikongsi bersama dengan kaum yang lain untuk berjaya. Kepelbagaian budaya dan nilai hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini telah menjadikan negara ini unik. Keunikan ini perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.

SUMBER : 
Link = http://www.ikim.gov.my/index.php/en/the-star/8491-racial-unity-and-its-impact-on-malaysian-democracy
Rujukan = Official Portal Institute of Islamic Understanding Malaysia
Penulis = Enizahura Binti Abdul Aziz

TAJUK :
Artikel = Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Tajuk Artikel = Racial Unity and its impact on Malaysian Democracy

Saturday, 30 August 2014

BAB 4 : Perlembagaan Malaysia (Tajuk Artikel : Perlembagaan Malaysia)


Perlembagaan Malaysia yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Tujuan Perlembagaan

  • Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
  • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
  • Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
  • Sebagai alat untuk myelesaikan masalah.
  • Menjamin riwayat negara bangsa.
  • Menjamin keamanan dan kestabilan negara.


Sejarah Perlembagaan Malaysia

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.

Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 Bahagian yang mengandungi 131 Perkara menyentuh pelbagai aspek pemerintahan iaitu :

Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan

Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

Bahagian 2 : Kebebasan Asasi

Kebebasan Asasi ialah hak yang kita miliki iaitu hak untuk hidup, kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan, keseramatan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu, kebebasan agama, hak untuk pendidikan dan hak untuk memiliki harta.

Bahagian 3 : Kewarganegaraan

Seseorang itu menjadi warganegara dengan cara dilahirkan disini, berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana seseorang itu boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

Bahagian 4 : Persekutuan

Bahagian ini memberi panduan sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian ini juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri serta Parlimen yang terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian 5 : Negeri-Negeri

Setiap negeri mempunyai perlembagaannnya sendiri dan badan perundangan dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-dua boleh menggubal undang-undang.

Bahagian 6 : Peruntukan Kewangan

Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian 7 : Pilihan Raya

Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Bahagian 8 : Badan Kehakiman

Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.

Bahagian 9 : Perkhidmatan Awam

Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuk Pasukan Polis, Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh 'Suruhanjaya-Suruhajaya'.

Bahagian 10 : Kuasa Khas Menentang Kuasa Subversif dan Darurat

Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

Bahagian 11 : Am dan Pelbagai

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi Sabah dan Serawak serta memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.

Bahagian 12 : Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak

Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Serawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Serawak.

Bahagian 13 : Peruntukan Sementara dan Peralihan

Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru bagi menggantikan mereka.

Bahagian 14 : Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja dan Sebagainya

Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam bahagian ini.

Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja

Di bawah bahagian ini, prosiding oleh atau terhadap Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan 'Mahkamah Khas'.

ULASAN : Perlembagaan melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka. Dengan adanya Perlembagaan, negara ini ditadbir dengan efisyen dan sistematik. Pembentukan Perlembagaan telah menggariskan akta dan undang-undang untuk perjalanan sistem pentadbiran di Malaysia. Ini akan mengelakkan rakyat Malaysia daripada melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan dan merosakkan nama baik negara. Seseorang warganegara perlu mempelajari dan mengetahui undang-undang yang diguna pakai di dalam negaranya. Hal ini kerana segala tindak-tanduknya akan diadili oleh undang-undang.

SUMBER :
Link = http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/malaysia/perlembagaan
Rujukan = CMSLIB.UUM.EDU.MY

TAJUK :
Artikel = Perlembagaan Malaysia
Tajuk Artikel = Perlembagaan Malaysia