Saturday, 30 August 2014

BAB 3 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara (Tajuk Artikel : Parliament of Malaysia)

Parliament is the highest legislative body in Malaysia. It consists of His Majesty The King as the Head of State, The Senate and The House of Representatives.

Article 55 of the Federal Constitution stipulates that only His Majesty The King can summon for Parliament to be in session. His Majesty also has the absolute power to prorogue or dissolve the Parliament. Therefore, His Majesty The King is vested by the Constitution to summon for the Parliament to meet within six (6) months between the last proceeding in the last session and the date appointed for its first proceeding in the next session.

For The House of Representatives, the Leader of the House or the Deputy has to determine the dates of proceeding at least twenty eight (28) days before the beginning of each session. Nevertheless, from time to time, the Leader of the House or the Deputy can change the dates that have been fixed as and when desired.

Unless dissolved, the parliamentary proceedings will commence for five (5) years from the date of the first proceeding conducted after the General Election. At the end of the five-year period, the Parliament will be dissolved and within sixty (60) days from the date of its dissolution, a General Election has to be held to elect representatives for the House of Representatives. Parliamentary proceedings must convene at a date not later than one hundred and twenty (120) days from the date of its dissolution.


ULASAN : Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang mengiktiraf kedaulatan rakyatnya melalui sistem pilihan raya. Setiap warganegara khususnya yang terlibat dalam bidang profesional perlu mengetahui tentang komponen-komponen utama dalam sistem pentadbiran negara. Mereka perlu mengetahui keberkaitan antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat jika ada apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengan badan-badan kerajaan tersebut.

SUMBER : 
Link = http://www.parlimen.gov.my/yda-maklumat-umum.html?uweb=yg&
Rujukan = The Official Portal of Parliament of Malaysia

TAJUK :
Artikel = Sistem Pemerintahan
Tajuk Artikel = Parliament of Malaysia

Wednesday, 27 August 2014

BAB 2 : Perjuangan Kemerdekaan Dan Pembentukan Malaysia (Tajuk Artikel : Sejarah Perjuangan Kemerdekaan)


Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika ini, lahirlah tokoh seperti Raja Haji yang bangun berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang.


Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.

Gelombang pertama seawal abad ke-20 menyaksikan pertukaran wacana penentangan terhadap kuasa asing dengan menggunakan mata pena. Arus kebangkitan nasionalisme pada peringkat awal dipelopori oleh tokoh-tokoh lepasan pengajian tinggi di Timur Tengah sekitar abad ke-20. Antaranya, Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Muhammad Akil, Sheikh Awad Saidin dan Haji Abas Taha. Pelbagai akhbar dan majalah seperti Al-Imam, Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain telah diterbitkan.

Kemunculan tokoh-tokoh agama ini diikuti pula oleh beberapa orang tokoh dari kalangan guru, wartawan serta pejuang bahasa dan sastera seperti Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Harun Muhammad Amin, Abdul Hadi bin Hassan, Burhanuddin Al-Helmi dan Abdul Rahim Kajai. Dalam perkembangan seterusnya menyaksikan beberapa buah parti politik dan persatuan yang ditubuhkan bagi melahirkan gerakan penentangan yang lebih bersepadu.



Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan Jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di negara ini. Mereka menjadi lebih peka dan sedar terhadap persekitaran dan perkembangan yang berlaku. Jepun turut menyemaikan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ’Asia Untuk Asia’.


Arus kebangkitan semangat nasionalisme peringkat kedua telah diperlihatkan melalui gerakan penentangan hebat terhadap Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada 1 April 1946 setelah British mengambil alih semula pentadbiran Tanah Melayu dari tangan Jepun. Penubuhan PEKEMBAR (UMNO) pada 11 Mei 1946 menggabungkan suara pertubuhan-pertubuhan Melayu untuk bangkit menentang Malayan Union. Penentangan secara bersepadu ini telah membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948.

Perubahan pucuk pimpinan UMNO dari Dato’ Onn kepada Tunku Abdul Rahman dilihat sebagai permulaan arus kebangkitan nasionalisme peringkat ketiga iaitu perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Serentak itu, slogan ’Hidup Melayu’ diubah kepada ’Merdeka’ sesuai dengan perubahan matlamat perjuangan UMNO. Sebagaimana ucapan Tunku Abdul Rahman Putra di Persidangan Agong Pemuda UMNO pada 3 April 1953, ”cogan Hidup Melayu bermakna kita sedia duduk di bawah naungan British dan berjuang untuk menyelamatkan kedudukan bangsa kita serta merebut kelebihan bangsa kita dengan belas rahim British. Tetapi slogan Merdeka itu bermakna kita bebaskan diri kita dari naungan British dan berdiri di atas kaki kita sendiri. Bagi menyelamat dan mendapatkan kelebihan-kelebihan untuk bangsa kita, terpulanglah kepada kita sendiri dan tidak lagi berharapkan belas rahim British lagi”.


Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.



Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.

ULASAN : Perjuangan menuntut kemerdekaan bukanlah sesuatu yang manis dan mudah. Keseluruhan jalannya penuh onak dan duri namun nenek moyang kita tetap gagah berdiri bagi mewariskan kepada kita sesuatu yg tidak ternilai dek matawang yang digelar KEMERDEKAAN. Justeru, kemerdekaan yang kita kecapi sekarang harus kita hargai dan pertahankan. Jangan kita pernah lupa akan segala peristiwa hitam dan kesilapan yang pernah terjadi dalam sejarah negara kita agar dapat kita jadikan tauladan dan iktibar untuk menempuhi cabaran.

SUMBER : 
Link = http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/sejarah/perjuangan-kemerdekaan
Rujukan = CMSLIB.UUM.EDU.MY

TAJUK :
Artikel = Perjuangan Kemerdekaan
Tajuk Artikel = Sejarah Perjuangan Kemerdekaan

BAB 1 : Sejarah Awal Negara (Tajuk Artikel : Melaka History)

It all started sprawling back to 751 years ago (1262) when Parameswara found Melaka in the 14th century. He was resting under a tree by a river when his dog started to attack a mouse deer, which later pushed the dog into the river. The brave gesture of the mouse deer had impressed him to immediately build a city on its spot. He then asked his followers the name of the tree which he was resting under, and was advised of its name; Melaka. He named the state ‘Melaka’ since then. None of any other cities in the nation had played such an influential and vital role in the political, economic, cultural and social development of the country and the region. Melaka Sultanate was also established to be responsible for the Sultanate in many states in Malaysia.

During that period, Islam was introduced in the region, arriving along with Gujarat traders from Western India for trading textiles and Melaka became known worldwide as a center for silk and porcelain trading. During the first decade of the 16th century, Melaka was a bustling and cosmopolitan port that attracted hundreds of ships every year.

Malaysia gained its independence on the 31st of August 1957 
when the first Prime Minister, His Highness Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, was handed over the power to rule the country by the British.

After the Independence, a colonial building built by British in Melaka, which was known as Malacca Club, was opened to public after being used by the British upper class as their place for social activities. Exactly 38 years later, the same building was turned into The Proclamation of Independence Memorial; a place that commemorates Independence Day of Malaysia.

ULASAN : Legasi sesebuah kesultanan itu tidak boleh dianggap terkubur andai rajanya masih hidup. Demikian juga bagi sultan-sultan Melaka. Walaupun kotanya telah ditawan namun sultan yang berundur membawa bersama kedaulatan kerajaan pada 'tubuh'nya. Hal ini memungkinkan sultan tersebut mendirikan kerajaan baharu di mana-mana lokasi atau negeri yang difikirkan berpotensi untuk dibangunkan. Kita seharusnya mengambil iktibar atas peristiwa-peristiwa yang terjadi dan sentiasa bersedia untuk menghadapi musuh pada masa akan datang.

SUMBER : 
Link = http://www.melaka.gov.my/en/tentang-kami/sejarah
Rujukan = Official Portal Melaka State Government

TAJUK :
Artikel = Kerajaan Melaka
Tajuk Artikel = Melaka History

Wednesday, 20 August 2014

AHLI KUMPULAN


Dari kiri :

1. MUHAMMAD NAZRI BIN ISMAIL                     19CNS14F1002
2. HAZNAN BIN MOHAMAD                                   19DNS14F1027
3. IZZUDDIN BIN MOHAMAD NAZRI                    19DNS14F1084
3. HAZIM BIN REJAB                                                19CNS14F1003
5. MUHAMMAD NUR SHAFIQ BIN ROSLI            19DNS14F1066

OBJEKTIF BLOG

Tujuan blog ini dihasilkan adalah bagi memenuhi keperluan subjek Pengajian Malaysia DUB1012 untuk mengkaji sejarah Malaysia. Di samping itu, blog ini dihasilkan bagi menyalurkan sumber ilmu sejarah kepada semua peringkat iaitu pelajar, guru dan ibu bapa.

Secara keseluruhannya, terdapat 10 artikel yang dibincangkan di dalam blog ini. 7 artikel dipetik daripada setiap BAB 1-7, antaranya ialah BAB 1 : Sejarah Awal Negara (Tajuk Artikel : Melaka History), BAB 2 : Perjuangan Kemerdekaan Dan Pembentukan Malaysia (Tajuk Artikel : Sejarah Perjuangan Kemerdekaan), BAB 3 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara (Tajuk Artikel : Parliament of Malaysia), BAB 4 : Perlembagaan Malaysia (Tajuk Artikel : Perlembagaan Malaysia), BAB 5 : Kemasyarakatan dan Perpaduan (Tajuk Artikel : Racial Unity and its impact on Malaysian Democracy), BAB 6 : Pembangunan Negara (Tajuk Artikel : Konsep 1Malaysia), BAB 7 : Isu-isu Keprihatinan Negara (Tajuk Artikel : Membangun Modal Insan Cemerlang dalam Organisasi jayakan RMKe-10). Seterusnya 3 lagi artikel yang dibincangkan, dipetik di dalam BAB 8 : Pemikiran dan Kepercayaan iaitu (Tajuk Artikel : The Partnership between Body and Soul), (Tajuk Artikel : Menjaga Hubungan Persaudaraan) dan (Tajuk Artikel : Memahami Islam Dalam Perlembagaan Malaysia).


Telah dijelaskan sumber-sumber artikel yang digunakan. Terdapat juga video-video yang dimuat turun bagi para pembaca berkongsi pendapat dan pandangan. Akhirulkalam, gunakanlah apa sahaja ilmu yang ada di dalam blog ini sebagai satu perkara yang bermanfaat agar kita dapat melahirkan bangsa yang sentiasa mengingati sejarah dan mengambil iktibar.